Thursday, April 26, 2012

Lencana Keahlian






Sebelum seseorang pengakap kanak-kanak boleh memakai lencana ini, ahli pengakap tersebut hendaklah diuji dengan perkara-perkara berikut bagi menentukan bahawa ia faham dan mengerti makna-makna setiap perkara tersebut. Untuk lulus Lencana Keahlian seseorang perlu LULUS ujian-ujian berikut :-

1. Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia.
2. Persetiaan Pengakap dan Undang-undang Pengakap.
3. Lima Prinsip Rukun Negara.
4. Hormat Pengakap dan cogankata Pengakap.
5. Sejarah Pergerakan Pengakap.
6. Cerita Hutan.
7. Laung Agung.

Lencana ini dianugerahkan kepada seseorang budak sebagai mengakui bahawa ia adalah seorang ahli Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Seduania yang luas.

Lencana Keahlian Pengakap yg berupa Lambang Pengakap di atas latar biru tua ini dipakai pada saku kiri kemeja.